Tarikh : 24 Ogos 2013
Lokasi : Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.
Keputusan : Johor DT (1) - (0) KL Felda United

Seperti biasa, setiap kali ada perlawanan melibatkan pasukan Harimau Selatan, aku akan cuba meluangkan masa aku ke stadium untuk memberikan sokongan. Kali ini lokasi perlawanan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.


Stadium Larkin, Johor Bahru Johor.
Aku memang kurang gemar untuk duduk ditempat yang sama setiap kali aku datang ke stadium. Maklumlah, baru nak belajar mencari bahan (gambar) untuk dikongsikan dalam blog aku ni. So, kali ini aku duduk bersama Team Curva FRU (Lokasi sebelah atas lori FRU).

Curva FRU!
Memang terbaik lepak kat sini. Bersebelahan dengan Team Boys Of Straits (B.O.S), sokongan padu yang diberikan buat pasukan JDT setiap masa membuatkan aku terleka dengan laungan, sorakan dan chanting dari Curva FRU. InsyaAllah next time bila aku ke sini, pastinya aku akan lepak dengan diorang lagi... View dari sini tidak kurang juga hebatnya!

View dari Curva FRU
Tiupan wisel penamat berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Johor DT dengan kelebihan 1 gol. Alhamdulillah... :)

Semangat perjuangan oleh Comrad Curva FRU
Otai - otai dari Curva FRU
Gadis Curva FRU... Hebat!

Leave a Reply