Lokasi : Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.
Keputusan : Johor DT (2) - (3) T-Team
Malam 31 Ogos 2013, sekali lagi aku berpeluang meluangkan masa bersama Curva Fru Family di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin untuk menyaksikan perlawanan diantara Johor DT vs T-Team. Permainan bermula dengan baik seawal sepak mula sehingga wisel separuh masa ditiup. Namun agak mengecewakan apabila diseparuh masa yang kedua, Johor DT tewas ditangan T-Team.
Merah Biru itu Johor! |
The Curva FRU Family |
Di bawah naungan bendera gergasi Johor! |
Walaupun tewas, sebagai anak jati Johor yang berpegang pada prinsip "Kalah menang, hidup matiku Johor", kami tetap meraikan perlawanan pada malam itu. Sebaik wisel penamat ditiup, bermulalah party di Curva Fru! Tetapi pada malam ini, bukan stakat Pyro Party, tetapi disulami dengan Bubble Party... Menarik?
Pyro Party at Curva Fru |
Happening! |
Bubbles... |
Malaysian, Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 56! |
Pada mulanya, aku planning nak bawa family menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia di Dataran Bandaraya, Johor Bahru... Maklumlah, Muhammad Aaron Haq memang gemar dengan bunga api, flare dan juga kawasan ramai orang ni. Tetiba teringat yang bulan Syawal bakal melabuhkan tirai nya tidak lama lagi... Masih ada rumah sanak saudara yang masih belum sempat untuk dikunjungi. So, selepas planning bersama adik beradik dan ipar duai, kami pon menuju masuk ke Kota Singa untuk menziarah sanak saudara disana.
Perjalanan ke Kota Singa sangat lengang, maklumlah smua warga Singapura keluar ke Malaysia untuk menyaksikan sambutan kemerdekaan. Bermula dari Bukit Panjang, kemudian ke Bukit Batok dan akhir sekali ke Chua Chu Kang, sempat kami menziarahi saudara disana... Alhamdulillah!~
Geng Mak Jemah di rumah Cik Ajis |
Bersama keluarga Cik Ajis |
Bersama keluarga Cik Shikin |
Bersama keluarga Cik Rahim |
Sweet nyer :) |
Damia... |
Pelbagai juadah yang disediakan... |
Lokasi : Homestay Citra Parit Pinang, Kg. Parit Pinang, Benut Pontian.
Selamat Hari Raya 2013 |
Bagi menjayakan program ini, aku menumpang kereta En. Azam untuk ke lokasi disebabkan oleh tempat letak kereta adalah terhad. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Walaupon keletihan, menu jamuan yang disediakan amat menarik :) Berbaloi-baloi... Hehehe... Setelah menjamu selera dan bertemu rakan taulan dari kawasan lain, kami pulang semula ke Johor Bahru pada jam 7 malam...
Persekitaran homestay yang bersih |
Pintu masuk homestay yang mengamit pengunjung |
Mengeteh ala kampung |
Disambut oleh rakan-rakan retailer dan TM |
Meja jamuan yang tersedia untuk semua |
Bersama Zahrem dan Sham |
Gadget.. Gadget.. Gadget! |
Emy bersama Hana |
Sekali lagi! |
Sesi fotografi Team IO1 bersama Ms. Wong, En. Leslie dan En. Jasme |
Tarikh : 24 Ogos 2013
Lokasi : Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.
Keputusan : Johor DT (1) - (0) KL Felda United
Seperti biasa, setiap kali ada perlawanan melibatkan pasukan Harimau Selatan, aku akan cuba meluangkan masa aku ke stadium untuk memberikan sokongan. Kali ini lokasi perlawanan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.
Aku memang kurang gemar untuk duduk ditempat yang sama setiap kali aku datang ke stadium. Maklumlah, baru nak belajar mencari bahan (gambar) untuk dikongsikan dalam blog aku ni. So, kali ini aku duduk bersama Team Curva FRU (Lokasi sebelah atas lori FRU).
Memang terbaik lepak kat sini. Bersebelahan dengan Team Boys Of Straits (B.O.S), sokongan padu yang diberikan buat pasukan JDT setiap masa membuatkan aku terleka dengan laungan, sorakan dan chanting dari Curva FRU. InsyaAllah next time bila aku ke sini, pastinya aku akan lepak dengan diorang lagi... View dari sini tidak kurang juga hebatnya!
Tiupan wisel penamat berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Johor DT dengan kelebihan 1 gol. Alhamdulillah... :)
Lokasi : Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.
Keputusan : Johor DT (1) - (0) KL Felda United
Seperti biasa, setiap kali ada perlawanan melibatkan pasukan Harimau Selatan, aku akan cuba meluangkan masa aku ke stadium untuk memberikan sokongan. Kali ini lokasi perlawanan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru.
Stadium Larkin, Johor Bahru Johor. |
Curva FRU! |
View dari Curva FRU |
Semangat perjuangan oleh Comrad Curva FRU |
Otai - otai dari Curva FRU |
Gadis Curva FRU... Hebat! |
Tajuk Popular
-
Tarikh : 26 Ogos 2013 Lokasi : Homestay Citra Parit Pinang, Kg. Parit Pinang, Benut Pontian. Selamat Hari Raya 2013 Shell (M) Tr...
-
Tarikh : 24 Ogos 2013 Lokasi : Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru. Keputusan : Johor DT (1) - (0) KL Felda United Seper...
Blog Archive
As Salam visitors!
Don PhotoStory kini berwajah baru... Kami masih lagi dalam proses mengemaskini blog ini. Buat masa ini, pengguna yang melayari internet menggunakan Internet Explorer tidak akan dapat mengakses ke blog ini. Sila gunakan browser lain seperti Mozilla Firefox atau Chrome untuk mengakses blog kami.
AMARAN! Semua material yang terkandung didalam blog ini adalah hakmilik Don PhotoStory. Powered by Blogger.